Khamis, 2 Ogos 2012

Fakta Mengenai Saka Yang Perlu Kita Tahu


  • Syaitan amat gembira apabila ada dikalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan golongan mereka kerana mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia sepertimana firman Allah Ta’ala didalam surah al-Hijr yang bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39) Saka adalah antara perbuatan “Ilmu Hitam“ yang sudah lama wujud dan diamalkan oleh individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia. Pelbagai kesan buruk dan masalah yang akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar dengan menyekutukan Allah iaitu syirik kepada Allah Ta’ala, Syirik adalah suatu perbuatan yang termasuk didalam dosa-dosa besar. “Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48) Antara Fakta Mengenai Saka: 
  •  1- Berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati, lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya. 
  •  2- Pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal. 
  •  3- Saka bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu. 
  •  4- Upacara saka dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan. 
  • 5- Syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya. 
  • 6- Manusia yang menggunakan Saka (bantuan jin) untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta, menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan. 
  • 7- Permulaannya Saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia. 
  • 8- Apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan “menumpang” pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.  9- Jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Dan gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.  
  • 10- Syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya. 
  •  11- Saka akan mengganggu apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga serta orang lain. 
  • 12- Anak yang mewarisi saka tetapi tidak mengetahui syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah. (Hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram disisi Islam.) 
  • 13- Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis, Saka yang dipelihara wanita digelar “pelesit” dalam budaya Melayu manakala Saka yang dipelihara lelaki digelar “hantu raya”. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat). 
  • 14- Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat Al-Quran. 


  • 15- Antara jenis-jenis saka ialah, Saka Harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh, Saka Buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya, Saka Ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular, Saka Bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. (Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.), Saka Kuat atau Saka Penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal, Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik dan Saka Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib. 16- Untuk merawat atau membuang saka, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin, mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram. 17- Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan. Wallahu’alam…..............amnidanish

ILMU HITAM (SIHIR)

Pengertian Sihir Syeikh al-Azhar membuat penta'rifan bahawa sihir ialah amalan perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya. Asal pengertian kalimah sihir itu ialah memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada yang selainnya. Maka orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.Manakala dalam kamus Muhit disebut : "Sihir ialah mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilannya yang terbaik sehingga sesuatu itu mempersona dan mengkagumkan bagi orang memandangnya." Pengertian Sihir Dari Segi Syariah Pendapat Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata: Sihir ialah ikatan,jampi dan perkataan yang diucapakan atau ditulis atau dibuat sesuatau yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung. Maka dengan taarif ini dapatlah disimpul bahawa sihir adalah hasil kesepakatan antara penyihir dan syaitan.Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau hal-hal yang mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan terhadapnya untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara yang dingininya Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan Sesetengah tukang sihir ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas.Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula yang menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir ke awalannya sehingga merosakkan ayat tersebut. Ada yang sembahyang tanpa wudu' atau tetap dalam keadaan junub. Ada yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t pada waktu menyembelih kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan. Berdasarkan penjelasan tersebut maka jelas kepada kita bahawa syaitan atau jin tidak akan membantu tukang sihir dan menjadi pesuruh(khadam) kepadanya melainkan dengan syarat-syarat tertentu yang menguntungkan syaitan.Maka sejauh mana kekafiran seorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya. Dalil Kewujudan Sihir *Dalil al-Quran,Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan kepada Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mempunyai kerajaan sihir,sedangkan Sulaiman tidak kafir)tidak mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil yakni Harut dan Marut,sedangkan kedua-duanya tidak mengajarnya(sesuatu)kepada seorang pun sebelum mengatakan:"sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu),sebab itu janganlah kamu kafir.Maka mereka mempelajari dari kedua-dua malaikat itu apa yang dengannya mereka dapat menceraikan antara seorang(suami)dan isterinya.Dan mereka itu( ahli sihir)tidak memberi mudharat dengan sihir tersebut kepada seorang pun melainkan dengan kuasa Allah s. w. t.Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa sesiapa yang menukarnya(kitab Allah)dengan sihir itu,tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir kalau mereka mengetahui." *Dalil al-Sunnah: Diriwayat oleh Abu Musa al-Asy'ari r.a bahawa Rasulullah s.w.a. bersabda: "Tidak akan masuk syurga penagih khamar juga tidak akan masuk syurga orang yang percaya kepada sihir sebagaimana halnya tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim". Pembahagian Sihir Ulama'telah membahagikan sihir kepada 8 bahagian:
 1. Sihir orang-orang kildan dan kisydan yang menyembah 7 bintang.
 2. Sihir orang-orang yang berilusi dan berjiwa kuat.
 3. Meminta bantuan dengan roh-roh rendah ya'ni jin. 
 4. Khayal,hipnopsis atau silap mata.
 5. Perbuatan aneh yang nampak dari penyusunan alat-alat berdasarkan ukuran- ukuran tententu.
 6. Menggunakan ubat-ubat khusus ya'ni dalam berbagai-bagai bentuk makanan dan minyak.
 7. Menggantungkan ke hati mangsa bahawa si tukang sihir mengetahui nama dan apabila muncul rasa takut maka akan lemah pula kekuatan pancaindera mangsa. 
 8. Mendekat dengan cara yang ringan dan lembut.Ini telah menjadi perkara lumrah di kalangan masyarakat. 
  Cara Tukang Sihir Mendatangkan Jin
 1. Menerusi sumpah atas nama jin atau syaitan Tukang sihir masuk ke dalam bilik gelap kemudian menyalakan api dan Meletakkan kemenyan atau yang sejenisnya di atas api tersebut sesuai dengan tujuan yang di minta.
 2. Menerusi penyembelihan. Tukang sihir mendatangkan haiwan seperti burung,ayam atau yang lainnya dengan sifat-sifat tertentu sesuai dengan permintaan jin.Biasanya jin suka dengan warna hitam,kemudian menyembelih tanpa menyebut nama Allah.
 3. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis Biasanya tukang sihir menuliskan ayat al-Quran menggunakan darah haid atau benda-benda najis yang lain.Setelah itu,dia mengucapkan jampi-jampi yang mengandungi unsur syirik hingga datang jin yang diinginkan.
 4. Menulis ayat-ayat al-Quran terbalik Ayat al-Quran ditulis dengan huruf-huruf terpisah secara songsang ya'ni dari belakang ke depan.
 5. Menggunakan bintang Cara ini seolah-olah mengintai bintang kerana tukang sihir menunggu-nunggu kemunculan bintang tertentu kemudian bercakap kepadanya denag bacaan sihir lalu membaca jampi-jampi lain yang mengandungi unsur syirik dan kekufuran kepada Allah.
 6. Menerusi tapak tangan Cara ini yang digunakan oleh tukang sihir untuk mencapai maksudnya.Dengan menggunakan kanak-kanak yang belum baligh dengan syarat kanak-kanak itu tidak dalam keadaan berwudu' setelah itu dia mengambil tapak tangan kiri anak tersebut lalu menggambarkan segi empat kemudian dijampi dengan unsur syirik.
 7. Menerusi apa yang dipakai Cara ini digunakan oleh tukang sihir dengan meminta dari pesakit apa sahaja yang dipakainya seperti sapu tangan,serban,baju,dan sebagainya kemudian dilanjutkan dengan jampi seperti dengan cara yang lepas. Mengenali Tukang Sihir Sekiranya anda melihat salah satu tanda dari tanda-tanda berikut ini pada salah seorang pengubat maka tidak diragukan lagi bahawa dia adalah tukang sihir.Tanda-tanda itu ialah:
 1) Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah pesakit seperti kain,baju,sapu tangan dan sebagainya.
 2) Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu dipakai oleh untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah;Adakalanya juga melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ke tempat yang sunyi(tidak ada penghuni). 
3) Memberi azimat-azimat tertentu.
4) Membaca jampi serapah ke atas azimat itu menggunakan bahasa yang tidak difahami.
5) Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor.
6) Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya empat puluh hari.Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian
7) Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak dimasuki sinar mentari.
 8) Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.
 9) Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan di suruh berasap dengannya 10) Dia membaca sesuatu yang tidak difahami.
11) Memberitahu pesakit tentang namanya,negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan. 12) Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.

 Jenis-Jenis Sihir Dan Pengaruhnya Terhadap Mangsa Dan Cara Rawatan
 1.Memisahkan suami isteri dengan sihir
 2. Guna-guna atau sihir percintaan
 3. Memperdayakan pandangan silap mata(hipnotis)
 4. Sihir yang membuat gila
 5. Sihir membuat orang tidak bermaya
 6. Sihir mendengar panggilan
 7.Sihir membuat penyakit
 8. Sihir melakukan pendarahan
 9. Sihir menahan penikahan Sihir Memisahkan Suami Isteri Takrif dan pengertiannya Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan suami isteri dengan menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau dua orang rakan kongsi.

 Jenis-jenis sihir memisah
 1) Memutuskan hubungan seseorang dengan ibunya.
 2) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya 3) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya
 4) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawan nya
 5) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam peniagaan atau seumpamanya 6) Memisahkan antara suami dengan isterinya. 

Tanda-tanda sihir pemisah
 1) Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci
 2) Berlaku keraguan antara suami isteri
 3) Enggan meminta maaf
 4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu sebenarnya kecil.
 5) Pandangan buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga seorang suami melihat isterinya sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik
 6) Orang yang kena sihir benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isterinya
Guna-Guna Atau Sihir Percintaan Tanda-tanda sihir percintaan
 1) Gejolak cinta yang keterlaluan
 2) Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seksual
 3) Sukar mengawal cinta
 4) Rindu bayang yang berlebihan
 5) Patuh secara membuta tuli

 Cara sihir percintaan berlaku: Pertengkaran suami isteri selalunya berlaku,hal itu sudah lumrah kehidupan rumah tangga,dan biasanya cepat mereda dan kembali seperti biasa.Namun ada beberapa wanita yang tidak sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka segera pergi ke tukang sihir untuk melakukan guna-guna supaya suaminya tetap mencintainya.Tindakan ini tentu kerana lemahnya agama wanita tersebut atau kerana kejahilannya bahawa tindakan itu haram dan tidak boleh.

 Kesan dari sihir percintaan:
 1) Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangkamasa yang lama
 2) Adakalanya kesan daripada sihir itu terbalik sehingga suami menbenci isterinya.ini akibat tidak mengetahui kebanyakan tukang sihir tentang dasar-dasar sihir
 3) Adakalanya seorang isteri mengerjakan sihir berganda-ganda kepada suaminya dengan tujuan dia membenci setiap wanita dan hanya mencintainya sahaja, sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang masih ada hubungan kerabat.

 Sebab-sebab sihir percintaan.
 1) Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri
 2) Perasaan cemburu wanita memang hebat,mereka selalu cemas jika suaminya akan berkahwin lagi. Sihir yang dihalalkan. Saya ingin menyampaikan kepada setiap muslimah bahawa sesungguhnya wanita boleh menyihir suaminya dengan cara yang dihalalkan oleh Allah, iaitu dengan berhias dan mempercantikkan suami di hadapan suami.Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak sedap, selalu senyum manis, berkata baik ,lembut,menjaga harta suami,merawat anak-anak dengan kasih sayang,mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah. Sihir Memperdayakan Pandangan(Hipnopsis) Tukang sihir mendatangkan sesuatu yang diketahui orang,kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana sebenar.Tukang sihir pernah menceritakan kepada saya bahawa dia meletakkan telor di hadapan mereka kemudian dia membaca jampi-jampi kepadanya sehingga mereka melihat telor bergerak dengan cepat.

 Tanda-tanda Hinoptis:
 1) Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
 2) Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
 3) Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya , seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.

 Sihir Yang Membuat Gila: Tanda-tanda Sihir Gila:
 1) Melatur, benggung dan lupa sesuatu.
 2) Kacau dalam perbicaraan.
 3) Mata kuyu{moyok}
 4) Tidak boleh tenang di satu tempat.
 5) Tidak boleh melanjutkan pekerjaan tertentu.
 6) Tidak mengambil berat tentang penampilan {selekeh}.
 7) Sampai kesatu tahap bahawa berjalan tidak tahu dan adakalanya tidur di tempat- tempat sunyi. Cara Berlaku Sihir Gila: Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk kedalam tubuh orang yang disihir dan berpusat di otak kemudian menekan sel-sel yang berkaitan dengan daya fikir dan daya ingatan. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya: Tanda-Tanda Sihir Ini:
 1) Suka berseorangan.
 2) Diam terus.
 3) Tidak suka berbagai-bagai pertemuan.
 4) Fikiran meracau. 
 5) Selalu pening.
 6) Selalu lesu dan tidak bermaya.
 7) Menutup diri sepenuhnya. Cara Berlaku Sihir Tidak Bermaya: Tukang sihir mengutuskan jin kepada orang yang disihir dan disuruhkan supaya tinggalkan di otaknya serta membuat mangsa mengeram dan menutup diri.Kemudian jin melakukan tugasnya sedapat mungkin sehingga muncullah tanda gejala{tidak bermaya} pada orang yang disihir.

 Sihir Mendengar Panggilan Tanda-tandanya:
 1) Selalu mengalami mimpi ngeri.
 2) Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
 3) Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
 4) Selalu was-was.
 5) Selalu meragukan teman dan orang-orang yang mencintainya.
 6) Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
 7) Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya. Cara-cara berlaku Sihir Ini: Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikaan tugasnya untuk menyibukkan orang yang disihir pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidurnya berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya ketika jaga kadang-kadang dengan suara manusia yang dikenalnya atau dengan suara-suara aneh.

 Sihir Membuat Penyakit: Tanda-tandanya:
 1) Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
 2) Saraf tersumbat. 3) Lumpuh salah satu anggota tubuh.
 4) Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
 5) Lumpuh menyeluruh.

 Cara berlakunya Sihir Ini: Sekiranya ada orang yang kena sihir ini maka jin akan menetap di otak, benar-benar ditempat yang dikehendaki oleh yang memberi tugas iaitu tukang sihir, kemudian dia menetap di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya.Ketika itu, anggota tubuh berada di antara 3 keadaan: Menegah isyarat-isyarat untuk sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tersebut tidak berfungsi lalu pesakit mengalami bisu, buta, tuli dan lumpuh. Adakalanya membiarkannya sehingga adakalanya anggota tubuh berfungsi dan adakalanya tidak. Menyebabkan otak memberikan isyarat berturut-turut dan cepat tanpa sebab sehingga anggota tubuh menjadi kaku dan tidak bergerak sekalipun tidak sampai lumpuh. Sihir Pendarahan: Sesungguhnya sihir ini tidak berlaku melainkan kepada wanita. Seorang perempuan yang ingin disihir kemudian jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, dengan cara tersebut dan jin akan berjalan bersama darah. Sabda Rasullulah{s.a.w}: " Syaitan berjalan dalam tubuh manusia pada peredaran darah" Pengertian Pendarahan: Adapun sihir pendarahan ini ialah apa yang disebut oleh ahli feqah dengan istihadah dan dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan.Kemungkinan pendarahan ini berlangsung sampai beberapa bulan dan mungkin jumlah darahnya sedikit atau banyak.

 Sihir Menahan Pernikahan: Tanda-tandanya:
 1. Pening kepala yang berterusan, tidak terhenti sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
 2. Sesak di dada terutamanya setelah asar hingga tengah malam.
 3. Melihat pelamar bermuka hodoh.
 4. Banyak berfikir{fikiran melayang}
 5. Selalu gelisah waktu tidur.
 6. Selalu rasa sakit di perut.
 7. Rasa sakit ditulang punggung bahagian bawah.

 Cara berlakunya Sihir Ini: Tukang sihir menugaskan beberapa jin mendekati gadis tersebut hingga dapat masuk kepadanya. Selepas itu jin akan melakukan satu diantara dua: . Masuk ke dalam wanita tersebut menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya. . Atau jin menipu penglihatan dengan membayangkan bahawa wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk. Rawatan Orang yang terkena sihir akan menerusi tiga peringkat rawatan.

 Pertama: Peringkat sebelum rawatan;
 1) Mewujudkan suasana yang benar-benar sesuai dengan kehendak islam.
 2) Bersihkan rumah dari sebarang azimat atau penangkal yang ada pada pesakit dan bakarlah azimat tersebut.
 3) Jauhkan rumah dari lagu-lagu atau alat muzik atau suara muzik.
 4) Jangan sekali-kali melakukan perbuatan dosa dan maksiat di rumah itu seperti lelaki memakai emas dan wanita membuka aurat atau menghisap rokok.
 5) Mengajar akidah yang betul kepada pesakit dan keluarganya hingga hati mereka tidak memiliki pergantungan selain daripada Allah. 
6)Berwuduk sebelum memulai rawatan dan suruh pula orang yang bersama anda mengambil air sembahyang. 7) Sekiranya pesakit itu seorang wanita, janganlah anda memulai rawatan sehingga anda pastikan dia telah menutup auratnya supaya tidak terbuka ketika rawatan.
8) Janganlah anda mengubati seorang wanita ketika dia dalam keadaan melakukan pelanggaran syariat seperti mendedahkan aurat, memakai wangian atau memakai pewarna seperti wanita-wanita kafir.
 9) Jangan anda mengubati seorang wanita melainkan ditemani oleh muhrimnya.
10) Jangan anda masukkan bersama anda orang yang bukan muhrim.
11) Bacalah: Kedua : Peringkat Rawatan; Letak tangan anda di atas kepala pesakit dan bacalah ruqyah di telinganya dengan tertil dan suara yang kuat.

Kemudian baca ayat-ayat berikut :
 1) Surah AL-Fatihah
 2) Surah Al-Baqarah : 5
 3) Surah Al-Baqarah :102
 4) Surah Al-Baqarah : 163 & 164
 5) Surah Al-Baqarah : 255
 6) Surah Al-Baqarah : 285 & 286
 7) Surah Ali Imran : 18 &19
 8) Surah Al-A’raf : 54-56
 9) Surah Al-A’raf : 122
 10) Surah Yunus : 81-82
 11) Surah Thaha : 69
 12) Surah Al-Mukminun : 115-118
 13) Surah As-Shoffat : 1 -10
 14) SurahAl-Ahqaf : 32
 15) Surah Ar-Rahman : 36
 16) Al-Haysr : 24
 17) Surah Al-Jin : 9]
 18) Surah Al-Ikhlas
 19) SurahAl-Falaq
 20) Surah an-Nas

 Ketiga : Peringkat Setelah Selesai Rawatan; Sekiranya Allah{s.w.t}telah menyembuhkan melalui usaha anda dan dia sudah merasa sihat maka pujilah Allah yang telah memperkenankan usaha dan doa anda. Tingkatkan pergantungan anda kepada Allah supaya Allah memberikan taufiq-Nya kepada anda menghadapi keadaan-keadaan yang lainnya. Janganlah sampai perkara tersebut menjadi kesombongan anda. Pada peringkat ini pesakit terancam disebabkan datangnya sihir baru kerana kebanyakkan orang yang mengerjakan sihir apabila tahu bahawa pesakit telah pergi kepada salah seorang Mu'alij untuk berubat, maka akan kembali lagi kepada tukang sihir untuk menyihirnya lagi. Maka, pesakit hendaklah jangan memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa pun.

Selain itu berilah beberapa pembenteng diri berikut ini:
 1) Memelihara sembahyang berjemaah.
 2) Menghindari lagu-lagu dan muzik.
 3) Mengambil air sembahyang sebelum tidur dan membaca ayat Kursi.
 4) Bacalah basmalah setiap kali memulai sesuatu.
 5) Sesudah sembahyang Subuh bacalah sebanyak 100 kali zikir yang berikut: "LAAILAAHAILLALAH WAH DAHUULAA SYARIKALAH LAHULMULKUWALAHULHAMDU YUHYI WA YUMIIT WAHUWA A'LAAKULLI SYAIIN QADIR"
 6) Mesti membaca Al-Quran setiap hari walaupun sedikit atau sekurang-kurang mendengarkanya andainya tidak boleh membaca. 
7) Berkawanlah dengan orang-orang yang baik .
 8) Jangan tinggalkan zikir-zikir waktu pagi dan petang.

 Maklumat-Maklumat Berharga Tentang Sihir:
 1) Rasa sakit terus menerus di perut orang yang kena sihir, petanda bahawa sihir tersebut berupa makanan dan minuman.
 2) Tidak dapat melakukan secara islam melainkan 2 syarat: *Istiqomah orang yang melakukan rawatan{mu'alij} dengan perintah Allah s.w.t. *Keyakinan pesakit atau kemujaraban berubat dengan Al-Quran.
 3) Hampir semua jenis sihir memiliki tanda ini iaitu merasa sesak di dada terutama pada waktu malam.
 4) Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatussauda', lalu anda menggosok di bahagian yang sakit dengan minyak tersebut tiap pagi dan petang.
 5) Untuk mengubati orang terkena sihir dan juga kerasukan, anda boleh mengubatinya melalui mendengar kaset yang telah dirakamkan khusus, yang mana dalam kaset tersebut mengandungi ayat-ayat jampi yang boleh menyakitkan jin serta membakarnya didalam tubuh manusia. Apabila pesakit mendengar kaset ini kemungkinan perkara ini akan berlaku seperti berikut: • Pesakit akan terus pengsan apabila mendengarnya. • Pesakit akan menunjukkan reaksi ganas apabila mendengarnya. • Pesakit mungkin terus tertidur. • Kemungkinan juga kaki pesakit akan merasa sejuk. Sekiranya perkara ini berlaku biarkan saja pesakit itu dengan izin Allah s.w.t jin akan keluar dari tubuh pesakit tersebut.
 6) Antara makhluk kejadian Allah yang ditakuti oleh jin dan syaitan{makhluk halus} ialah sejenis kayu yang dinamakan Kemuning Hitam. Dalam sebuah kitab perubatan kayu ini boleh menyembuh 9999 jenis penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara kegunaan dan kelebihannya sebagaimana dilampirkan. Wallahu'alam.... Oleh: Ustaz Syarhan Syafie
Artikel "ILMU HITAM (SIHIR)" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.......

Apabila Ujian Menjenguk Kita

Gerimis demi gerimis yang jatuh ke bahu sepanjang kita berjalan di jalan raya kehidupan ini adalah satu titik tolak untuk kita menjadi lebih baik. Akan tetapi, kita sebagai manusia perlu bijak untuk memenangi dan berlumba dengan ujian. Sama ada kita kalah dalam perlumbaan sengit ini atau kita menang dan menerima satu lagi sijil universiti kehidupan. Sedar atau tidak, dalam kebanyakan masa, kita banyak belajar dari perkara atau peristiwa pahit yang berlaku di sepanjang kehidupan. Kerana apa? Kerana manusia lazimnya berfikir untuk berubah apabila merasakan dirinya sudah ditimpa kesusahan dan kesempitan. Dengan cara inilah manusia dapat belajar sesuatu tentang kehidupan. Tanpa musibah, hampir sahaja kita melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa memikirkan apa dan kenapa perkara itu kita lakukan. Ayuh kita lihat beberapa situasi, • Bilakah masanya kebanyakan dari kita mula mengamalkan diet dan melakukan senaman? Ya, tentu sekali apabila merasakan berat badan semakin meningkat. Juga apabila doktor mula berpesan "Kalau kamu masih lagi tidak mengubah corak kehidupan yang gemar makan apa sahaja, maka tunggu sahaja saatnya kamu akan jatuh sakit." Lalu, kita pun mulakan perubahan. • Di dalam persahabatan, kita hanya mula menyedari keberadaan sahabat kita apabila dia sudah bosan dengan sikap dan keburukan kita yang tidak pernah diubah. Di masa itu, kita mula bekerja keras untuk mengambil hatinya kembali kerana merasa kehilangan. • Setelah kehilangan ramai pelanggan yang berharga, barulah seorang CEO sebuah syarikat belajar ilmu-ilmu berkenaan bagaimana untuk memberi servis terbaik untuk para pelanggannya. • Seorang anak yang tidak baik kepada ibu bapanya hanya akan mula berasa menyesal yang teramat apabila melihat jenazah kaku si ibu di pembaringan. Pada saat itulah, penyesalan mula timbul. Lalu barulah hendak menyulam penyesalan dan berniat untuk sebuah perubahan. • Bilakah pula masanya kita mula berdoa dan kembali kepada Allah? Setelah kita mula merasakan diri kita berada di dalam kesempitan musibah. 'Wahai Allah, berilah kemudahan kepada kesusahanku dan ampuni dosaku kerana melupakanmu." Itulah doa kita! Begitu sifat asal manusia, kesempitan, kerugian dan kesusahan mampu merubah diri kepada yang lebih baik dan positif. Dan kerana itulah kita perlukan ujian! Lantaran itu, selalu sahaja kita mendengar "ujian itu adalah rahmat". Dan tidak asing juga"ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita" sering kita dengari apabila kita berada di dalam kesusahan.
Fitrahnya, setiap yang diuji dengan kesusahan pasti dihujungnya ada keindahan. Semakin ujian itu berat, maka semakin jualah keindahan yang berada di hujung jalan kehidupan itu lebih membahagiakan. Namun hanya merasa bahagia apabila ujian itu dihadapi dengan tenang dan optimis. Hadapilah ujian itu dengan senyuman dan segunung harapan. Senyum tanda syukur dan berharap hanya pada Allah SWT semata. Semoga Allah SWT memberikan keringanan untuk menghadapi ujian dengan ditambahkan kekuatan iman dan taqwa. Semoga dengan 'berat'nya iman dapat menghilangkan rasa peritnya ujian. Apapun keadaan, apabila ujian menjenguk kita hadapilah dengan tenang. Sentiasa bersangka baik dan bersyukur kerana Allah SWT sentiasa memberi suntikan sebagai tanda ingatan kepada kita agar tidak terus leka kealpaan. Adakalanya Allah SWT hadirkan ujian dan kesusahan dalam hidup kita itu tanda Allah rindu untuk mendengar bicara kita. Maka berdoalah kerana Dia Maha Mendengar!zur_ish

Kembara Menggapai Impian

Pendakian menuju ke puncak gunung tidak banyak bezanya dengan perjalanan kita di dalam kehidupan terutamanya dalam menggapai impian. Sebelum pengembaraan bermula, kita telah pun menetapkan matlamat untuk menawan puncak gunung tersebut walau apa cara sekalipun. Namun begitu, setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Ada yang ingin sampai ke puncak untuk menyaksikan keindahan matahari terbit, ada yang ingin merakamkan keindahan puncak gunung sambil berposing, ada yang sekadar menambah jumlah gunung yang telah berjaya ditawan. Ada juga yang ingin membuat kajian tentang flora dan fauna yang wujud di situ, malah ada tidak kurang yang ingin merasai pengalaman berada di puncak gunung dan seterusnya boleh menceritakan pengalaman kesukaran dalam pendakian dan juga kebahagiaan apabila berjaya menawan puncak gunung tersebut. Cuba kita kaitkan dengan matlamat kita dalam menggapai kejayaan. Semua orang menetapkan matlamat masing-masing. Namun matlamat setiap orang untuk berjaya adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang mengejar kejayaan semata-mata untuk menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat, ada yang ingin menjadi terkenal dan disanjung tinggi, ada yang ingin membuktikan diri sehebat dan setaraf dengan orang lain, ada juga yang ingin menjadi contoh tauladan dan inspirasi bagi orang lain supaya berusaha untuk menggapai impian seterusnya berjaya seperti dirinya. Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya matlamat dalam sesuatu tindakan kita. Alangkah ruginya kita seandainya matlamat yang kita tetapkan itu hanyalah semata-mata untuk kemegahan seterusnya mengundang kemurkaan Allah. Malah lebih rugi sekiranya kita tidak meletakkan sebarang matlamat dalam setiap tindakan kita kerana apa yang kita lakukan tanpa matlamat adalah sia-sia dan tiada nikmat kejayaan untuk kita raikan! Seterusnya, pendakian bermula. Namun, terdapat banyak jalan atau kaedah yang dapat kita pilih untuk memastikan kita berjaya sampai ke puncak gunung bagi mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Antaranya dengan mendaki selangkah demi selangkah atau cara yang paling mudah dengan menaiki helicopter. Jika kita guna kaedah mendaki dengan segala kudrat kita sendiri, terdapat lebih banyak cabaran dan juga pilihan. Kita akan berhadapan dengan banyak persimpangan jalan yang memerlukan kita membuat keputusan untuk memilih jalan mana yang terbaik untuk dilalui. Dalam masa yang sama, kita akan berhadapan dengan makhluk-makhluk lain seperti pokok-pokok, pendaki-pendaki lain, serangga dan lain-lain. Kita juga dapat berjumpa dengan insan-insan lain yang tidak berjaya sampai ke puncak, bersandar di batang pokok dan berputus asa. Semua itu menjadikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan pendakian kerana kita tidak mahu menjadi seperti mereka. Malah kita mungkin akan berhenti sekejap untuk memberikan dia sedikit semangat untuk meneruskan langkah ke puncak. Sekiranya kita terjatuh, ada insan lain yang akan menghulurkan tangan untuk membantu kita bangkit semula. Paling malang pun, kita masih boleh berpaut pada akar pokok untuk membantu kita bangkit seterusnya meneruskan pendakian. Namun, kita tidak akan berpeluang untuk mengenali erti penat lelah, kesusahan dan juga rasa menghargai makhluk lain yang wujud selain kita sekiranya jalan yang kita pilih untuk sampai ke puncak adalah dengan menggunakan helicopter. Kita tidak nampak kesusahan mereka untuk mereka bentuk sebuah helicopter. Kita hanya tahu menggunakan helicopter tersebut demi menawan puncak gunung dengan mudah. Dan yang paling malang, sekiranya helicopter tersebut terhempas, tiada lagi harapan untuk kita bergantung apatah lagi harapan untuk sampai ke puncak!
  • Begitulah juga dalam kehidupan kita. Terdapat banyak jalan yang terbentang di depan mata kita yang dapat kita pilih untuk menuju kejayaan. Ada jalan mudah dan singkat dan ada juga jalan yang sukar lagi berbahaya. Jalan manakah kita akan pilih? Pastinya jalan yang paling senang menjadi pilihan. Tapi kita tak sedar bahawa jalan yang sukar itu sebenarnya adalah jalan yang terbaik, yang jarang sekali orang nampak akan kelebihannya. Jalan yang singkat selalunya hanya membawa kebahagiaan atau kejayaan untuk sekejap waktu sahaja. Dan selalunya kejayaan yang kita tempa melalui jalan yang singkat lebih membosankan dan kita kurang menghargai insan sekeliling kita yang tanpa kita sedari sebenarnya mereka juga penyebab kepada kejayaan kita. Kita juga tidak dapat menilai hati-hati insan yang berada bersama kita di sepanjang perjalanan kita kerana masa yang terlalu terhad untuk mendalami isi hati masing-masing. Sedangkan kalau kita memilih jalan yang sukar dan penuh cabaran, kita akan lebih menghargai insan sekeliling kita yang memberi sokongan, memberi inspirasi dan mengiringi kita dalam menuju kejayaan. Kita juga dapat menilai siapa yang menghulur bantuan dan sokongan dikala kita terjatuh atau hampir berputus asa. Kejayaan yang kita kecapi juga terasa berbaloi dengan penat lelah, pengorbanan dan cabaran yang kita lalui. Ini menjadikan kejayaan tersebut terasa lebih manis dan sangat berharga. Apabila kita telah sampai ke puncak gunung, pasti kita berasa lega, bangga dan gembira. Namun, kita perlu ingat bahawa kejayaan tersebut bukan bermakna perjalanan kita telahpun berakhir. Juga bukan bermakna kejayaan itu milik kita selama-lamanya kerana kita perlu meneruskan pengembaraan untuk turun dari puncak gunung dan kembali ke rumah pula! Akhir sekali, kita perlu ingat bahawa kejayaan ke puncak gunung tersebut bukanlah pengembaraan terakhir, masih banyak puncak gunung lain yang belum ditawan. Bukan kerana tamak, hanya kerana setiap pengembaraan ke puncak gunung yang lain adalah berbeza keindahan puncaknya, cabarannya, suasananya laluannya dan juga makhluk sekelilingnya. Begitu juga bila kita sudah berada di puncak kejayaan, raikanlah ia hanya sekadar sahaja kerana masih banyak impian lain yang belum terlaksana. Jangan terlalu bangga dengan kejayaan yang kita gapai kerana kejayaan itu bukanlah milik kita untuk selama-lamanya. Sentiasa semat di hati bahawa hidup ini ibarat roda, kadang-kala kita berada di atas, kadang-kala di bawah. Jangan bersedih sekiranya kita terpaksa meninggalkan puncak jaya itu, bersyukurlah kerana kita pernah mengecapinya. Kita hanya perlu teruskan perjalanan mengejar impian lain yang masih menunggu untuk digapai. Teruskan, jangan berputus asa kerana pengembaraan itu tidak pernah berakhir selagi impian terakhir belum tercapai. Impian terakhir itu ialah kehidupan di syurga yang kekal abadi.